Tuesday, 24 February 2015

Bunga

Assalamualaikum...

Harini aku nak kongsi sikit tentang aktiviti yang sering dilakukan oleh mak dan abah aku pada waktu lapang.



Diantara bunga bunga yang ditanam oleh abah




 Ini pulak bunga bunga yang telah digubah oleh mak saya...





Monday, 23 February 2015

SOLAT DHUHA

ASSALAMUALAIKUM.......

Hari ni aku nak kongsi tentang solat dhuha, solat dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat.








Ketika kebanyakan orang terlalu sibuk pada waktu pagi, secara tidak langsung solat sunat Dhuha akan mampu membangkitkan kesedaran perlunya memohon kepada Allah SWT dan meminta petunjuk-Nya supaya apa saja yang dilakukan berada pada jalan yang diredai.

Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT.



Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua.


Friday, 20 February 2015

Cara membuat roti jala

Assalamualaikum...


Hari ni abah aku buat roti jala, tengok betapa rajinnya dia,, (hheeheh,,anak dia ja yang malas.) Oleh itu aku akan mengongsikan resepinya.

Kari Ayam
  •  1 ekor ayam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sudu makan rempah kari ayam ataupun daging
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk cili ataupun cili kisar
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 2 cawan santan
  • 4 biji kentang
  • 3 biji tomato
  • garam secukup rasa
Bahan B (untuk menumis)
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 3 biji buah pelaga

Cara membuat roti jala

  • 3 cawan air
  • 3 cawan tepung
  • 1 biji telur
- kisarkan kesemuanya
Roti jala diatas api


Nak tunjuk cara buat, aku dah rakam video tapi video tak boleh bukak ..hahahhahaha (lawak tak, hmmmm,, lawak dah basi..abaikan,,)
Aku ada la jugak try buat, tp hampeh,lain yang jadi,tak dak bakat nak buat...




Setelah siap hidangkan,,tunggu apa lagi,,makan la

Sapa sapa rajin try la buat nohhhh, buat roti jala jangan tak dak jala pulak, hehe............. Selamat mencuba..

Wednesday, 18 February 2015

Cuti cuti malaysia

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap sihat la nohh...
Hmmm,,,cuti cuti ni boring jugak kalau duduk rumah goyang kaki ja ("boleh menambahkan lemak yang sedia ada ..hohoho:)"...) Baik ikut abah p berniaga dapat la jugak usya usya orang..

kalau nak tau,berniaga ni syokkk oooo,boleh menambahkan pengalaman,dapat tengok bermacam macam gelagat manusia...
Tambahan pula, berniaga di sekolah rendah, macam macam la ragam..ada yang ambik makanan harga 2 ringgit bayar pulak 10 sen ja..hmmmm...biasa la kita dulu pon bukan nya lahir lahir terus pandai kira duit, kalau pandai tu memang luar biasa la,,hahaha

Antara makanan yang dijual












Peaceee  yooooo" _"
Gambar kat atas tu budak budak baru sikit,, kalau depa keluar sekali gus masyaallah,,, tak sempat nak kira tak sempat nak bubuh air,,ada yang tarik baju ada yang tarik seluar ("nasib tak londeh, hahaha") .. panggil tak kira dah ,ada panggil kak, ada panggil makcik (" nampak tua ka aku ni,, huahuaa") kira okey la tu , jangan panggil tok nek sudah la...hhaahah

Depa ni pon ada banyak perangai jugak, ada tu kalau kita tanya sepatah jawab sepatah, yang lain pulak kalau kita tanya sepatah berpatah patah sampai tak terlayan.. tapi apapun layan budak budak lagi bagus , tak dak nya nak sakitkan hati..........
Rasanya sampai sini dulu la, aku pon tak tau nak tulis apa dah..hhehehe
 Assalamualaikum ..............

Monday, 16 February 2015

Indahnya Islam



Assalamualaikum,

(Hai la hang ni asyik nyanyi ja, cuba la selawat ka, zikir ka, ada la jugak faedah) bila mak saya berleter,,,hehehe.........Baiklah mak, akanku ingat pesananmu.

Oleh itu hari ini saya akan berkongsi tentang kelebihan berzikir dan apakah zikir yang dapat diamalkan dalam amalan harian.


HARI AHAD


Siapa yang menginginkan keuntungan, mempunyai kewibawaan,dimuliakan, terlindung dari bahaya, tipu daya musuh,diindahkan tutur katanya dan luas rezekinya menjadi Kaya,maka bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum sebanyak 1000 kali








HARI ISNIN
Siapa yang mengucapkan La haula wala quwwata illa billahillazim, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit.






  
HARI SELASA
Setiap satu kali bacaan , Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun





HARI RABU
Setiap kali baca , Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati




HARI KHAMIS
Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih dilautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga setiap satu kali bacaan.






HARI JUMAAT
Allah akan memberi ketenangan hati kepada orang yang membacanya.







HARI SABTU
Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita, dan Allah akan member segala kebaikkan kepada kita.







KEBAIKAN BERZIKIR
  • Dapat melembutkan hati
  •    Mendekatkan diri kepada Allah
  •  Dapat menghindarkan diri dari sifat riak
  •    Membentuk peribadi yang mulia
  •   Murah rezeki
  •    Dapat menghapuskan dosa







Semoga kita semua dapat beramal bersama dan mendapat kebaikannya,,, ini sahaja untuk kali ini, Assalamualaikum.....