Wednesday, 18 February 2026

Salam Ramadan

 Assalamualaikum 🩷

Cepat betul masa berjalan. Rasa macam baru je masuk tahun baru, tup tup dah nak sambut bulan puasa. Dua hari tak menulis pun rasa sunyi pula blog ni, jadi harini saja nak update sikit cerita harian.

Esok dah nak mula puasa. Tak sedar pun Ramadan dah dekat. Bila dah ada anak kecik ni, persiapan pun lain macam sikit. Bukan setakat fikir menu berbuka je, tapi nak susun rutin depa sekali, waktu tidur, waktu makan dan stok barang dapur kena cukup awal-awal, kalau tak memang kelam kabut petang nanti 😅

Harini aku dah mula kemas dapuq, tengok apa yang ada dan apa yang tak cukup. Ayam , ikan ,semua jenis bawang, telur, tepung, kurma, semua kena standby.Esok tak pasti lagi nk masak apa, tapi aku rasa macam nak buat nasik ayam penyet. Nanti kalau jadi aku share resepi🤪. Kalau tak share resepi tu paham2 la noh hahahahha. Tahun ni tak target menu berat sangat. Dengan anak kecik, kadang kita plan lain, jadi lain. Jadi aku plan masak yang simple je.

Aku nak kena kunci jam siap2 ni. Risau kalau terlebih lena nanti 😂 Harapnya Ramadan kali ni lebih tenang dan teratur walaupun dengan rutin anak-anak.

Apa pun semoga kita semua diberi kesihatan dan sempat menjalani ibadah puasa dengan baik. Selamat menyambut Ramadan 🤲

Meh la kita niat siap2


Sunday, 15 February 2026

Aktiviti santai dengan anak2

 Assalamualaikum 🩷


Hari ni mood santai sikit. Pagi tadi aku bawa anak2 aku pergi taman, aku sorang je, suami aku duty pulak.Ni firsttime aku sorang nk handle. Alhamdulillah lulus, lepasni boleh bawak lagi🤣Saja bagi depa jalan-jalan lepas bangun tidur. Seronok tengok depa berlari sana sini, kita pulak jadi penat kejar 😂 Tapi best la, sekali sekala keluar rumah hirup udara pagi.Sebelum balik singgah kedai dulu upah aiskrim sorang satu.


Balik rumah settle kerja sikit, petang ni tiba-tiba teringin nak makan panas-panas. Tengok dapur ada jagung, terus buat cucur jagung. Resepi pun jenis campak-campak je tapi jadi sedap pulak(termasuk bakul angkat sendiri la pulak🤪) anak2 pun makan tak berhenti.


Aku share resepi kat sini kot2 ada nak try resepi simple ni🤣(buat mcm blogger femes kan, padahal entah ada yang baca ke tidak🤪).Bahan semua memang ada kat rumah.Dari dibiarkan jagung buruk kan. Moh ler kiterr buat coq jagung.


Resepi Cucur Jagung  Manis Simple


Bahan:

- 2cawan tepung gandum

- 1 tongkol jagung (korang nk pakai jagung tin pon okay je)

- 1 biji telur

- sedikit garam

- Sedikit gula

- Air secukupnya

-Mauripan


Cara:

1. Masukkan tepung dalam mangkuk.

2. Pecahkan telur dan gaul.

3. Masukkan jagung

4. Tambah garam dan sedikit gula.

5. Tuang air sikit-sikit sampai adunan jadi tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.

6.Masukkan mauripan biarkan seketika

7. Panaskan minyak, ambil sesudu adunan dan goreng sampai kekuningan.

8.Terbalikkan dan goreng hingga masak.


Siap 🤤  

Makan panas-panas memang sedap. Aku cicah dengan sos cili je pun dah cukup.


Simple je tapi sesuai untuk minum petang atau kalau tetiba lapar. Nanti aku share lagi menu simple yang selalu aku buat kat rumah ✨





Saturday, 14 February 2026

Hai korang

 Assalamualaikum & hai semua🩷

Lama sangat tak menulis kat sini, rasa blog ni dah berhabuk dah 😆  

Sebenarnya dulu aku buat blog ni pun bukan plan nak jadi blogger pun, tp sebab lectu kat torer suruh🤪 jadi blog ni kira macam assignment je. Tulis sekadar cukup syarat, lepas siap terus tinggal.

Tak sangka terasa nak buka balik. Banyak benda dah berubah, sekarang dah jadi ibu, rutin harian pun lain. Hari-hari dengan suami dan anak2. 

Kali ni bukan untuk assignment dah, tapi nak jadikan tempat kongsi pengalaman sendiri. Apa yang aku tulis nanti kebanyakannya barang yang aku pakai sendiri dan barang baby, skincare, barang dapur dan benda yang memudahkan urusan harian.

Aku pun selalu jadi orang yang membaca review dulu sebelum beli apa-apa. Tapi kadang review nampak macam terlalu “perfect”. Jadi dekat sini aku nak kongsi secara jujur, mana yang sesuai aku cakap sesuai, mana yang kurang aku bagitahu juga.

Harapnya blog ni boleh jadi tempat rujukan santai untuk ibu-ibu atau sesiapa saja yang singgah. Terima kasih yang masih sudi baca walaupun lama menyepi 🫶  

InsyaAllah lepas ni aku akan cuba update selalu, pelan-pelan kita meriahkan balik blog ni ✨