Monday, 23 February 2015

SOLAT DHUHA

ASSALAMUALAIKUM.......

Hari ni aku nak kongsi tentang solat dhuha, solat dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat.








Ketika kebanyakan orang terlalu sibuk pada waktu pagi, secara tidak langsung solat sunat Dhuha akan mampu membangkitkan kesedaran perlunya memohon kepada Allah SWT dan meminta petunjuk-Nya supaya apa saja yang dilakukan berada pada jalan yang diredai.

Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT.



Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua.


No comments:

Post a Comment